Wednesday, August 14, 2019

e - BLOGGER

POLITEKNIK UNGKU OMAR 
SESI JUN 2019
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

 Tajuk: Batas - Batas dan Adab - Adab Pergaulan Mengikut Islam

Pensyarah: Ustazah Ramniza Binti Abdul Rahman

Jabatan: Jabatan Perdagangan

Nama Ahli Kumpulan: 
                                      Muhammad Khairul Syafiq Bin Zahari                     01DKB17F1070
                                      Nabilah Binti Mohd Hamizul                                    01DKB17F1058
                                      Nurathirah Binti Asmadi                                           01DKB17F1042
                                      Ain Nor Faeza Binti Muhammad Amran                  01DKB17F1052

Kelas: DKB5B


BATAS - BATAS DAN ADAB - ADAB PERGAULAN 


PENGHARGAAN

Syukur kehadrat illahi dengan rahmat dan kurniaNya dapat kami menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh PUAN RAMNIZA ABDUL RAHMAN iaitu pensyarah Komunikasi Dan Penyiaran Islam kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di berikan ini.

PENDAHULUAN


Islam merupakan agama yang mengajarkan pengikutnya berbagai dasar dalam menjalani kehidupan didunia, juga untuk menyiapkan diri di akhirat. Islam tidak semata mengenai ibadah yang sifatnya kepada Allah, tetapi juga ibadah yang sifatnya pergaulan kepada sesama manusia, Hablumminannas. Tidak dinafikan pergaulan amatlah penting bagi kehidupan manusia tetapi ia haruslah berlandaskan dengan islam.

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi. Agar tidak berlaku perkara maksiat yang sering terbatas di antara lelaki dan perempuan samada yang belum berkahwin ataupun sudah berkahwin.

Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, berpolitik, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan dan murka Allah.


DEFINASI PERGAULAN


Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur. Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah  bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.

Allah s.w.t mencipta manusia lelaki dan perempuan. Ia juga mencipta Syariat untuk mereka. Dalam Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Penulisan ini cuba melihat sejauhmana batas-batas pergaulan yang dilarang dan dibolehkan dalam Syariat Islam.

PERINGKAT - PERINGKAT DALAM PERGAULAN


Islam menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dengan perempuan. Seseorang itu tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan bermasyarakat. Menurut Mohd. So’od (2010), terdapat tiga peringkat dalam memulakan pergaulan seperti yang berikut: 

1-  Peringkat berkenalan
Berkenalan atau taaruf ialah peringkat yang membantu kita untuk saling kenal-mengenali dalam memulakan sesuatu hubungan. Melalui cara ini, kita dapat mengetahui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang

2- Peringkat memahami
Peringkat memahami atau tafahum ialah peringkat kedua dalam batas pergaulan. Pada peringkat ini, kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubung dengan kita. Dengan memahami latar belakang, akhlak dan sifat seseorang, maka mudahlah untuk menentukan orang yang menjadi teman. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya, maka kita akan mendapat tempias kebaikan mereka. Begitulah sebaliknya, jika kita bergaul dengan mereka yang buruk akhlaknya, maka keburukan mereka akan mempengaruhi diri kita.

3- Peringkat tolong-menolong
Peringkat tolong-menolong atau taawun ialah peringkat yang terjalin daripada hubungan yang akrab. Namun, setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesame manusia mestiah bertetapan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

BATAS - BATAS PERGAULAN YANG DIBOLEHKAN


 1.      Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Darurat
Dalam syarah Sahih Muslim, al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan hokum berkhalwat antara perempan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada bahaya.[15]
             Penjelasan al-Nawawi menyakinkan bahwa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat, atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum uni adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.
 2.      Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Keperluan
Pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) Syar’ie adalah dibolehkan. Antara keperluan-keperluan Syar’ie ialah:
             a.      Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk mengurus muamalah maliyah (urusan harta)
Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa  muamalah maliyah (urusan harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.[16]
            b.      Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa bekerja
Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat-syarat kedua-dua pihak menjaga batas-batas Syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah `Umar al-Khattab pernah melantik al-Syafi, seorang perempuan sebagai pegawai penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan.[17] Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut pegawai tebabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di pasar, lelaki dan perempuan. Perlantikan perempuan bekerja sebgai penguatkuasa menunjukkan pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti khalifah `Umar tidak melantik perempuan bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut menuntut berlakunya pergaulan.
           c.      Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi
Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh Syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.[18]
            d.      Pergaulan di antara lelaki dna perempuan dalam kenderaan awam
Pergaulan di antara dalam kenderaan dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada Syarak bahawa perempuan keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak Syar’ie seperti berfoya-foya. Ia mestilah bertujuan Syar’ie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya.
 Di samping syarat-syarat di atas, batas-batas Syarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan perlulah dijaga. Pakaian mestilah menutup aurat, pandangan ditundukkan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal.
  3.      Pergaulan Mengikut Kebiasaan Adat Dalam Majlis-majlis
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis seperti kenduri kendara kerana semperna sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan. Walau bagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).
 4.      Pergaulan Di Antara Lelaki Perempuan Semasa Belajar
Dalam persoalan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, apakah ia dilarang atau dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama’[19] berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar.Mereka berhujah dengan hadis Sa’id al-Khudri yang meriwayatkan:
Maksudnya: “Perempuan berkata kepada Nabi s.a.w.: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu (orang lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan satu hari untuk bertemu(mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati dan mengajar mereka. Di antara nasihat baginda kepada mereka: “Sesiapa di antara kaum golongan perempuan yang menyerahkan tiga anaknya (untuk perang jihad dan anak itu mati syahid) pasti anak-anak itu menjadi penghalangnya dari apai neraka. Seorang perempuan berkata kalau dua orang? Baginda bersabda: “walau dua orang”.
 Bagi mereka hadis ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada lelaki. Sekiranya pergaulan  di antara lelaki dan perempuan dibolehkan, pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi s.a.w.menentukan hari khusus bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi s.a.w tidak mengkhususkan hari bagi perempuan.
             Bagaimanapun, setelah hadis ini diteliti, didapati ia tidak jelas menunjukkan lelaki tidak boleh bercampur dengan perempuan semasa belajar. Buktinya, ungkapan “ghalabana ‘alaika al-rijal” (lelaki mengatasi kami ke atasmu). Maksudnya, secara tab’ie kaum lelaki setiap hari bersama Rasulullah s.a.w atas tabiat dan fungsi mereka sebagai lelaki. Oleh itu, mereka dapat mendengar dan mempelajari perkara-perkara berkaitan agama sedangkan perempuan tidak mampu berbuat demikian atas sifat dan fungsi  mereka sebagai wanita. Oleh itu, perempuan meminta Rasulullah s.a.w menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama. Ertinya, permohonan dibuat bukan kerana tegahan bergaul semasa belajar, tetapi atas dasar tabiat dan fungsi lelaki dan wanita yang berbeza. Ia menatijahkan peluang bagi wanita untuk bersama dengan Rasulullah s.a.w agak terbatas. Oleh itu, pengkhususan hari belajar bagi perempuan tidak menunjukkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dilarang. Jadi, hadis ini bukan hujah bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar. Larangan tersebut mungkin lebih sesuai didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu yang boleh mendatangkan fitnah) kerana lelaki dan perempuan, terutama di peringkat awal remaja dan remaja banyak dipengaruhi oleh rangsangan seks. Dengan itu, pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar pada peringkat ini boleh mendorongkan kepada perkara-perkara keburukan lebih banyak daripada kebajikan. Oleh itu, pengasingan tempat belajar di antara lelaki dan perempuan adalah didasarkan kepada “Sadd al-Zari’ah” bukan hadis di atas.
             Selain dari penjelasan perenggan di atas, mereka yang mengatakan pergaulan lelaki dan wanita semasa belajar diharamkan berpendapat bahawa pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa ziarah-menziarahi adalah dibolehkan dengan beberapa syarat. Mungkin sukar difahami kenapa pergaulan semasa ziarah dibolehkan dan pergaulan semasa belajar diharamkan, sedang suasana belajar lebih jauh daripada fitnah berbanding dengan suasana ziarah. Mungkin yang membezakan hanyalah ziarah dilakukan sekali sekala tetapi belajar mungkin lebih kerap, malah dalam konteks pendidikan formal, menengah atau tinggi ia berlaku setiap hari. Adapun, tegahan ke atasnya bukan dirujukkan kepada nas, tetapi kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah”

ADAB - ADAB PERGAULAN

1              Memelihara pandangan
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” (QS. 24:30)
2              Menutup aurat secara sempurna

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur : ayat 31).
3              Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram
Nabi bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita (tanpa disertai mahramnya) karena sesungguhnya yang ketiganya adalah syaithan (HR. Ahmad).

4              Menjaga perkataan dan mengawal perbualan
“Hai para isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara hingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan ucapkanlah perkataan yang ma’ruf.” (QS. 33: 31).
Berkaitan dengan suara perempuan Ibnu Katsir menyatakan, “Perempuan dilarang berbicara dengan laki-laki asing (non mahram) dengan ucapan lunak sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.” (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 3)
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzaab : 32).
Melunakkan suara berbeda dengan merendahkan suara. Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi : “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19). Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung tidak langsung , contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerananya menggambarkan keperibadian penuturnya

5              Mengawal perhiasan
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah yang pertama dahulu; dan dirikanlah solat serta berilah zakat: dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “ahl al-bait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya(dari segala perkara yang keji)” surah Al-ahzab 33,33

6              Menghindari tempat yang tidak baik
Menjauhi tempat-tempat yang haram adalah sebuah keharusan kerana ia mengandungi bahaya yang banyak(akhthar al-iqtirab min amakin al-muharramat) iaitu:
1              Itsarat asy-syahwat(menimbulkan gejolak syahwat)
Hal ini dapat mengakibatkan dua hal negatif:
Ø  Idthirab an-nafs(kegoncangan dan kegelisahan jiwa)
Ø  Al-wuqu’ fi al-ma’ashi(terjatuh kepada kemaksiatan)
2              Su’uzhann al-akhrin(menimbulkan prasangka buruk orang lain)
3    Al-wuqu’ fi an-nazhar al-muharram(terjatuh kepada perbuatan melihat yang diharamkan oleh Allah SWT)
4        Idh’af al-iman wa’adamu karahiyat al-ma’ashi(melemahkan iman dan kehilangan kebencian kepada kemaksiatan)
5              ‘Urdhatun li su-il khatimah(terancam meninggal dalam su’ul khatimah)
6    Mashdar lintisyar al-ma’ashi fi al-mujtama’(tempat maksiat menjadi sumber tersebarnya maksiat tersebut ke tengah masyarakat)

KESAN - KESAN PERGAULAN BEBAS


KESAN-KESAN BURUK PERGAULAN BEBAS


Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh ketinggalan di belakang.

Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan ialah:

1) KERUNTUHAN AKHLAK

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.  Akibat daripada pergaulan anak-anak yang terlalu bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali.  Para remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik seperti kumpulan 'mat rempit',gangster dan sebagainya.  Hal ini menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka.  Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur.  Mereka akan memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti.  Malah, tidak kurang juga ada anak-anak yang sudah berani mencuri wang ibu bapa sendiri untuk keperluan yang tidak berfaedah.  Dalam konteks yang sama,ubun-ubun remaja yang masih lembik menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh rakan yang runtuh akhlak sehingga mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala ketika melakukan sesuatu.


2) TERSEBARNYA ANAK LUAR NIKAH DAN PEMBUANGAN BAYI

Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya



3) RAMAI PEMUDA PEMUDI YANG TIDAK BERKAHWIN

Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada berkahwin. Statistik yang dilakukan di San Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan kali pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu.



4) BERLAKUNYA PENCERAIAN DAN KERUNTUHAN RUMAH TANGGA

Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian di Amerika Syarikat dan negara-negara barat lain dari tahun ke tahun.




5) TERSEBARNYA PENYAKIT YANG MEMBAWA MAUT

Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal.  Antara penyakit tersebut ialah AIDS.  Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.



6) KES PELACURAN

Mengikut surat khabar JURNAL, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pulau Penang dikatakan mencari wang sampingan turut menjadi "ibu ayam" di sebuah pusat hiburan. Kajian turut mendapati kes pelacuran remaja yang berusia 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus ke dalam pengaulan seks bebas. Selain itu, sesetengah golongan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran adalah berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing mempunyai masalah psikologi. Oleh itu, mereka memilih untuk menjadi pelacur supaya menarik tumpuan ibu bapa mereka.



7) PENINGKATAN KES PENGGUGURAN

Perlakuan seks bebas semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti kemandulan,jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Pengguguran juga akan mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah dan hilang keyakinan diri. Individu tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi tidak tenteram serta rasa bersalah.



8) KEMEROSOTAN PELAJARAN

Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.


ISU - ISU DI DALAM NEGARA



Kesimpulan

Pergaulan merupakan interaksi antara manusia. Setelah melaksanakan kertas kerja ini kami mendapati pergaulan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Namun, setiap perkara di dunia datang dengan dua aspek, positif dan negatif. Oleh itu, dalam bergaul, kami percaya kita sebagai manusia perlu bersandarkan syariat Allah dan hadis Rasulullah. Hal ini supaya, implikasi negatif hasil daripada pergaulan yang tidak berlandaskan syariat iaitu  pergaulan bebas dapat dihindarkan secara efisien. 

Tambahan lagi, melalui kertas kerja ini, kami dapat mengetahui inisiatif yang boleh dilakukan bagi membendung gejala pergaulan bebas menyeluruh kepada semua pihak seperti individu itu sendiri, ibu bapa, masyarakat, dan juga negara. Setiap pihak perlu memainkan  peranan masing-masing supaya hal ini dapat dibanteras secara efisien.

Akhir kata, bergaullah dengan cara yang baik dan mengikut batasan syarak kerana apa yang dianjurkan Islam adalah untuk maslahah atau kebaikan kita juga. Seperti yang kita tahu rakyat Malaysia terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum, pelbagai etnik dan berbeza pegangan agama. Dengan itu setiap kaum mempunyai batas pergaulan dan pantang larang yang tersendiri. Seperti yang dibincangkan, sebagai umat Islam kita perlu sentiasa berwaspada atau berhati-hati dalam pergaulan kehidupan seharian kita. Kita juga mestilah menerapkan pelbagai nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian untuk memastikan perhubungan kita sesama masyarakat kekal terjalin justeru mengekalkan pantang larang dan menjaga segala batas pergaulan. Sekiranya kita menjaga hak Allah, nescaya Allah akan menjaga dan memelihara kita semua.

RUJUKAN:


- Buku Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam.
Sumber: Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T)

-  Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Jilid 9, hlm. 120-121.

 Al- `Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh al-Bukhari, Jilid 4, hlm. 72, 77.

 Al-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, Jilid 9, hlm. 109.

 Abd al-Karim Zaydan (Dr.), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, jilid 3, hlm. 423.

Al-Nawawai, op.cit., hlm. 109.

 Ibid, Jilid 4, hlm. 159-161.

 - Sumber: Utusan Akhbar

- https://majalahonlinekomunikasidanpenyiaranislam.wordpress.com/2016/10/18/batas-batas-pergaulan/